ASSALAMMUALIKUM....

hotel Royal National London
Powered by Best Free Counters

Tuesday, January 19, 2010

Kebergantungan Kepada ALLAH...


"Assalamualaikum Nidar, kamu dah abis Modul ke?", tanya Ana kepada kawannya (melalui telefon).. "Belum lg Ana. Jap lagi kot..", kata Nidar. "Erm, k lah kalo gitu. Aku balik 'hostel' dulu ya..", balas Ana.. Belum sempat 'off'kan panggilan, Nidar bertanya kepada Ana, "Ana, jadi kah kita keluar pergi IP?".. Ana berfikir seketika.. Lalu berkata, "Jadi.. Aku nak beli barang sikit.. Kau tggu aku ya. Aku nak balik 'hostel' jap. Nak ambil duit.. Tadi tertinggal di bilik.", balas Ana. Ana baru sahaja habis menghadiri Modul iaitu salah satu program yang diwajibkan oleh pihak universiti kepada para pelajarnya..

Jam tepat menunjukkan 3.30 petang.. Ana pun menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti untuk balik ke 'hostel' dari Fastrack iaitu tempat Modul diadakan. Ana melihat jam yang terpapar di skrin 'handphone'nya dan terkejut.."Alamak!! Kejap lagi Asar.. Habislah aku oleh Nidar.", bisik Ana dalam hati. Sampai sahaja di 'hostel', ana bergegas menaiki tangga yang sangat tinggi untuk menuju ke bangunan 'hostel'nya itu. Sampai sahaja di biliknya, Ana terus mencari dompet duitnya dan mengambil apa yang patut. "Eh Ana, nak pergi mana ni?,"tanya Kak Is kepadanya. Kak Is merupakan salah seorang 'roomate' nya. "Ana nak pergi IP kak, ngan Nidar.", jawab Ana. "Solat Asar di mana? Nak masuk waktu dah ni..", kak Is memperingatkan Ana. "Erm, saya solat kat Fastrack kak. Saya jalan dulu ya. Assalamualaikum..", jawab Ana.

Tiba sahaja di Fastrack, Ana terus mencari kelibat kawan baiknya, Nidar. Selepas itu, mereka terus menuju ke surau yang disediakan di Fastrack. "Ana, kau dah ambil wuduk ke?", tanya Nidar. "Belum lagi. Kau tunggu aku jap ya. Aku nak gi tandas jap,ambil wuduk." jawab Ana. Dia pun bergegas pergi ke tandas dan berwuduk. Semasa ana mengambil wuduk, dia membuka cincin yang dipakainya sekejap.Sebab takut jari yang disarungkan cincin itu tidak terkena air wuduk. Selepas berwuduk, Ana pun segera menunaikan solat Asar. "Alhamdulillah, selesai juga aku solat Asar.", bisik Ana dalam hatinya kerana sejak dari 'hostel' lagi dia bimbang asbab belum menunaikan solat Asar. Selesai solat, mereka pun terus pergi ke IP.

********************************************

"Waa, banyak juga ya barang kita beli..", Nidar berkata kepada Ana. Ana mengangguk tanda setuju dengan kata Nidar. "Alhamdulillah,nasib baik ada bas TUT kan. Kalo tak, abis la kita naik bukit ke 'hostel' kita.. HEHEHE...", lawak Ana. Mereka tertawa sama-sama. Jam dah menunjukkan hampir pukul 6 petang. "Eh,kejap lagi nak maghrib ni. Jom la cepat sikit..", ajak Nidar. "Jom..", kata Ana. Selain kak Is, Ana juga mempunyai 2 lagi 'roomate' iaitu Nidar dan Noreen. Sambil berbual, Nidar dan Ana melajukan langkah kaki mereka menuju ke bilik mereka..

Tiba sahaja di bilik, Ana terus meletakkan beg dan barang-barang yang dibelinya tadi ke atas katil. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia bergegas pergi ke tandas untuk mengambil wuduk. Semasa Ana hendak mengambil wuduk, dia mencuci tangannya dan terkejut, " Arrrh!!!!"..
Semua orang dalam tandas tadi memandangnya dan hairan kenapa dia teriak ni..??? Ana terus berlari ke biliknya..

Sampai sahaja di bilik, Ana terus mencari sesuatu dalam begnya.. Dia ingin bertanya kepada Nidar, tapi dilihatnya Nidar sedang lena dibuai mimpi akibat terlalu penat berjalan tadi. Noreen yang berada di situ hairan dengan gelagat Ana yang 'kalut' mencari sesuatu. "Kak, tengah cari apa tu?", tanya Noreen. "Akak tengah cari CINCIN akak.. Takda dah di jari akak ni.", jelas Ana. Muka yang tadinya ceria,bertukar dengan wajah yang resah,bimbang dan susah hati. Dalam keadaan yang mencemaskan begitu, Ana masih lagi sempat beristighfar kepada ALLAH dan cuba untuk bersabar. Dia berfikir bila saat terakhir dia melihat cincinnya.. "Ohya, baru akak ingat. Akak terlupa pakai cincin akak balik lepas akak ambil wuduk di tandas Fastrack tadi Asar.", kata Ana dalam keadaan menahan air matanya kepada Noreen. "Kak, sabar ya kak.", hanya itu yang mampu Noreen katakan kepada Ana kerana dia tidak tahu macam mana lagi nak pujuk Ana yang dalam keadaan sedih itu. Dalam keadaan sedih, Ana pergi mengambil wuduk.. Keluar sahaja dari bilik, air mata Ana tidak tertahan lagi dan dia menangis tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Dia terus mengambil wuduk dan berjemaah bersama-sama Noreen menunaikan solat Maghrib.

****************************************

Selesai solat Maghrib, tangisan Ana tidak bersisa lagi.. Dia cuba bersabar dan menyakinkan dirinya bahawa ALLAH tidak akan mengujinya sebegini sekiranya dia tidak mampu. Dia cuba memujuk hatinya agar tidak menangis lagi dan berkata dalam hatinya,"Semua ni dah tertulis di Luh Mahfus Ana. Jangan menangis lagi ya.. Yakinlah dengan Allah. InsyaALLAH, kau akan jumpa juga cincinmu kembali jika memang itu yang sudah tertulis. Yang penting sekarang, cuba dulu untuk cari cincinmu ya.. " Cincin tersebut merupakan hadiah yang diberikan oleh ayah dan ibunya sempena kejayaan nya mendapat pointer yang tinggi di semester yang lalu. Itu yang menanbahkan lagi kesedihan dalam hatinya..

"Noreen, akak nak pergi Fastrack cari cincin akak.",kata Ana kepada Noreen. " Dengan siapa kak?".. "Satu orang jak.",kata Ana.. "Saya temankan akak ya..",Noreen menawarkan dirinya. "Takpa Noreen. Akak boleh pergi satu orang. Tak nak nyusahkan Noreen..", kata Ana yang tidak mahu menyusahkan Noreen. "Jangan kak. Biar saya temankan. Tak nyusahkan pun. Saya temankan akak ya..", Noreen cuba pujuk Ana. Ana pun mengangguk tanda setuju. Lagipun, Ana tidak juga berani pergi seorang diri ke Fastrack. Mereka bercadang untuk berjalan kaki sahaja ke Fastrack kerana pada saat itu, bas dah takda.

Dalam perjalanan menuju ke Fastrack, mereka melihat lampu jalan raya padam. Jalan raya sangat gelap dan sukar untuk melaluinya. Mereka pun berpatah balik ke 'hostel'.Dia hampir berputus asa. Sebelum sempat balik ke 'hostel', Ana berubah fikiran dan bercadang untuk meminta pertolongan dengan pengawal keselamatan di pondok pengawal yang berhampiran. Dengan baik hatinya, pengawal tersebut meminta kawannya menghantar Ana dan Noreen ke Fastrack. "Alhamdulillah ya Rabb..", bisik Ana dalam hatinya. Dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa apapun yang berlaku, pasti ada sebab nya. Allah takkan mengujinya dengan sia-sia dan ini tanda Allah masih lagi menyayanginya dengan menguji dirinya kehilangan cincin yang sangat berharga buat dirinya.

**********************************************

Sampai sahaja di Fastrack, Ana dan Noreen mengucapkan terima kasih kepada pacik pengawal yang menghantar mereka. Keluar sahaja dari kereta, mereka terus bergegas ke tandas tempat Ana berwuduk.. Dia melihat pintu tandas terbuka.. Dia berkata dalam hatinya sambil menahan air matanya,"Confirm' takda da cincin tu"... Masuk sahaja dalam tandas tersebut, matanya meliar melihat 'sinky', tempat dia letakkan cincinnya. Matanya terhenti tika dia melihat cincin emas yang disanyanginya itu ada di tempat asal dia letakkan semasa dia mengambil wuduk pada petang tadi.. Air matanya tak tertahan lagi lalu jatuh ke pipinya.. Dia terus mengambil cincinnya dan keluar dari tandas tersebut. Lalu dia mengucap," Alhamdulillah ya ALLAH..." Segera dia memeluk Noreen kerana tak tertahan dengan sebak di dadanya yang tak terhingga.. Rasa syukur kepada ALLAH tidak dapat digambarkan. Dia mengulang kalimah "ALHAMDULILLAH" berkali-kali tanda syukurnya kepada ALLAH. Dia dah tidak tahu mahu berkata apa lagi selain "ALHAMDULILLAH"...

Selepas itu, Noreen pun mengajak Ana kembali ke 'hostel'. Mereka berfikir kembali, bagaimana mahu balik ke 'hostel' ni?? Persoalan itu bermain di fikiran mereka.. "Kak, kita jalan kaki jak la kan?", tanya Noreen. "Ya lah. Kita berserah sahaja kepada ALLAH. Tidak ada daya upaya melainkan dengan izinNya. InsyaALLAH, kita tawakkal kepadaNya ya Noreen..", jawab Ana. Noreen mengangguk tanda setuju. Selepas itu, mereka pun keluar menuju ke jalan raya. Dengan takdir ALLAH, belum sempat mereka berjalan kaki ke 'hostel', ada sebuah bas TUT (bas luar yang memang khas mengambil pelajar pergi dan balik dari universiti) menuju ke tempat mereka. Mereka pun menahan bas tersebut dan balik ke 'hostel' dengan selamatnya.. Ana berkata kepada Noreen,"Lihatlah kebesaran ALLAH.. Dengan izinNya, kita dipermudahkan untuk balik ke 'hostel' kita. Yakinlah dengan ALLAH walau apapun ujian yang kita hadapi.." ... Noreen pun berkata," Ya kak. Alhamdulillah.... Allah tolong kita kan.." (sambil tersenyum)...


....Cincin Ana....
*************************************************

Beginilah kisahnya bagaimana kebergantungan seorang hamba kepada Khaliqnya boleh membuatnya sentiasa sabar menempuh segala ujian yang diberikan kepadanya. Walau diuji berat mana pun, dia tetap yakin ALLAH sentiasa berada di sisinya dan akan sentiasa menolongnya.

Kejadian berlaku pada Hari Ahad iaitu 17 Januari 2010